let's google help you...

Sunday, August 23, 2009

Peranan suami ketika isteri mengandung

Selalu kita bincang mengenai si ibu ketika mengandung. Jarang kita bincang mengenai si ayah. Bagaimanakah perasaannya. Tentu sekali sama seperti kita, pelbagai perasaan timbul. Untuk anak sulung, mesti amat gembira. Biasanya bila si isteri mengandung, dia akan rasa bangga. Dia akan rasa ‘power’ mampu mempunyai anak sendiri. Untuk anak kedua dan seterusnya, perasaan taksub dah mula berkurang.

Kadang kita abaikan peranan suami. Sebenarnya sebagai ayah moden sekarang, mereka mampu membantu kita dalam banyak perkara. Dari pemeriksaan doktor sehingga ke bilik bersalin dan membesarkan anak. Ayah sekarang mampu menukar lampin, menidurkan bayi (walaupun kadang mereka tertidur dahulu) dan membuat susu untuk bayi.

Memang tugas utama masih terletak pada si ibu. Kita masih perlu melakukan kebanyakkan dari kerja-kerja menjaga bayi. Jika kita libatkan sekali mereka tidak akan rasa terpinggir. Tetapi jika banyak kerja diberikan kepada mereka, mereka akan bosan melakukannya. Jadi berpada-pada jugalah kerjanya. Ada sesetengah ayah merasakan terpaksa berebut kasih sayang dengan bayi yang baru lahir. Asyik lebihkan bayi kita sahaja. Sedangkan sebelum ini, suami kita mendapat sepenuh perhatian. Jadi dalam masa yang sama, jangan abaikan suami kita. Mereka tetap memerlukan belaian dari kita sebagai isteri. Tanggungjawab sebagai isteri lebih berat bila bergelar ibu pula.

Hubungan intim selepas bersalin? Umm untuk kali pertama bersalin, pasti tidak tahu bila boleh mula dan untuk si isteri mungkin timbul perasaan takut untuk melakukannya. Tetapi suami tentu ternanti-nanti selepas sekian lama ‘berpuasa’. Jika mengikut sesetengah pendapat boleh dimulakan selepas kering darah nifas. Dan jika mengikut pandangan tradisional kena tunggu selepas 44 hari atau sebaiknya selepas 100 hari bagi memastikan peranakan telah kuat. Sebaiknya berbincang dengan suami agar mereka faham.

No comments:

Post a Comment

CERAMAH - NIKAH BEDA AGAMA 1/3

CERAMAH - NIKAH BEDA AGAMA 2/3

CERAMAH - NIKAH BEDA AGAMA 3/3